Tuesday, May 28, 2013

Kotobian Tadau Kaamatan 2013

Lamanya tidak update blog ni disebabkan kesibukan dan kekangan tugas harian. Mohon maaf kepada semua para pembaca tp jgn risau, akan dikemaskinikan selepas ini..

Perintis memohon bantuan dari semua pembaca untuk bantuan undian secara LIKE untuk anak buah perintis yang tersenarai dalam Unduk Ngadau 2013 di Hongkod KDCA pada 31 Mei 2013 ini..

Caranya mudah saja. Cuma ikut cara dibawah :

1) Klik pautan laman ini Unduk Ngadau Tahun 2013

2) Klik LIKE..

Semoga dengan sumbangan LIKE para pembaca akan dapat membantu merealisasikan impian anak buah saya ini untuk mencapai impiannya..

"Kotobian Tadau Ka'amatan Om Toun Wagu"


Friday, November 19, 2010

Bertemu Kembali

Salam Kembali Untuk semua pengunjung BLOG ini.. Perintis Kelab memohon beribu maaf kerana lama tidak mengemaskinikan blog ini dengan berita-berita 4x4. 

Untuk makluman pengunjung semua, Perintis Kelab sibuk mengurus laman FACEBOOK yang juga berkaitan dengan BLOG ini. Ini bagi memudahkan mereka yang berminat untuk mengetahui perkembangan semasa 4x4 challenge..

Kalau para pengunjung ada sedikit masa, sudilah kiranya mengunjungi laman FACEBOOK TAMBUNAN FOURWHEEL atau melalui capaian http://www.facebook.com/home.php?#!/


Nantikan perkembangan terkini yang akan Perintis Kelab kemaskini dalam BLOG ini...

Sunday, March 21, 2010

Salam 2010

Salam sejahtera kepada semua... Perintis Kelab memohon maaf kerana lama tidak mengemaskini maklumat dalam laman blog ini.. Untuk makluman semua, buat masa ini Perintis Kelab dan Pengerusi Kelab dalam perancangan menyediakan aktiviti dan penyelarasan dalaman untuk kelab ini..

Perintis Kelab akan kembali mengemaskinikan maklumat dan menghiburkan semua pengunjung dengan beberapa rakaman 4x4 yang telah berlangsung di awal tahun 2010..

Harap bersabar kio...

Thursday, December 17, 2009

RANAU 4X4 CHALLENGE (HARDCORE) PART 4

Ini pula aksi spontan daripada peserta Ranau. Biarpun kenderaan beliau dikategorikan Novice namun sanggup menyahut cabaran Hardcore. Situasi ini sedikit menggamatkan para penonton pada masa itu...

Ba, enjoy kamurang kio...

RANAU 4X4 CHALLENGE (HARDCORE) PART 3

Ini pula aksi peserta tunggal dari Tambunan.

Saksikanlah kehebatan NISSAN TD27...


Wednesday, December 16, 2009

Ranau 4x4 Challenge (Hardcore) Part 2

Seterusnya Perintis Kelab ingin paparkan rakaman bagi SS 2 untuk Hardcore.. Para Pengunjung enjoylah kamurang kio....



Peserta dari Ranau...

Ranau 4x4 Challenge (Hardcore)

Anjuran Kelab Ranau berjalan dengan lancar biarpun pada masa itu hujan turun dengan lebat. Begitu juga dengan peminat-peminat 4x4 begitu setia dan sanggup berhujan semata-mata untuk menyaksikan kehebatan para peserta.

Untuk acara Hardcore, cuma 3 competitor sahaja yang menjayakan acara ini. Dua peserta dari Ranau dan peserta tunggal dari Tambunan.

Ketika berlangsungnya acara hardcore, para peminat semua kagum dengan penyertaan satu kenderaan Novice yang sanggup menyahut cabaran untuk mengikuti acara Hardcore. Biarpun cuma berjaya memenangi tempat ke-3 namun ianya sedikit sebanyak memeriahkan acara pada petang itu.

Saksikanlah rakaman untuk acara Hardcore..




Rakaman di atas adalah peserta daripada Ranau iaitu Angi. Mantap pemanduannya berdasarkan pengalaman yang sedia ada..



Ini pula adalah peserta tunggal dari Tambunan iaitu Kenneth. Walaupun beliau baru berkecimpung dalam acara 4x4 ini namun kegigihan beliau untuk memastikan Tambunan tidak hilang dalam acara ini, memang tidak dapat dinafikan. Melihat kepada keberanian beliau, tidak mustahil suatu hari nanti wakil daripada Tambunan ini akan mencapai kegemilangan..

Ranau 4x4 Challenge

Saksikanlah beberapa rakaman acara Novice 4x4 anjuran Ranau...








Ranau 4X4 Challenge

Aktiviti : Ranau 4x4 Challenge

Tarikh : 12 & 13 Disember 2009

Tempat : Lohan, Ranau

Baru-baru ini, Perintis Kelab dijemput mengikuti aktiviti 4x4 yang dianjurkan oleh Ranau 4x4 Club. Walaubagaimanapun, aktiviti ini hanya terbuka untuk daerah Ranau dan Tambunan. Ini adalah anjuran kali kedua daerah Ranau.. Boleh tahan aktif kelab Ranau ni..

Perintis Kelab akan upload beberapa rakaman untuk tatapan para pengunjung semua...




Acara Novice

Thursday, November 26, 2009

RANAU 4x4 CHALLENGE

Bertemu kembali di laman TS4x4ST ini..

Baru-baru ini Perintis Kelab menerima jemputan untuk menyaksikan 4x4 Challenge anjuran Ranau Four Wheel Drive Club. Acara tersebut sepatutnya dijalankan selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 November 2009 di Bundu Tuhan, Ranau.

21 November 2009 adalah acara NOVICE manakala 22 November 2009 pula adalah acara HARDCORE. Walaubagaimanapun, acara HARDCORE telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Biarpun begitu, acara NOVICE telah berjalan dengan lancar sehingga ke petang hari.

Perintis Kelab sempat mengambil beberapa rakaman untuk tatapan para pengunjung semua.

Enjoy..............