Saturday, October 24, 2009

RAKAMAN TENOM 4X4 CHALLENGE




Ini adalah sedikit rakaman yang sempat Perintis Kelab rakamkan pada awal pagi sebelum acara 4x4 challenge bermula..

LAGI CERITA 4x4



Inilah pandangan jauh kesibukan para peminat aksi lasak.. Sanggup semuanya berpanas terik.. Perintis Kelab guna payung masa tu pun, rasanya kalu takda payung lagi enjoy mau saksikan COMPETITOR semua..



Ahaaa.. Ini peserta TUNGGAL dari TAMBUNAN dalam acara HARDCORE masa tu.. Memang jadi tumpuan kereta ni masa tu.. Sebab warna kereta ni lain sikit dari kereta yang lain.. Kelainan itu memang keperluan rasanya kan..he..he..he..


Perintis Kelab konvoi dengan kelab dorang ni.. One of the reason becoz Perintis Kelab ni mewakili Daerah Tambunan. So, nak buat liputan bukan senang ooo.. Kena ada orang kuat..


Peserta tunggal ni baru berkecimpung dalam aktiviti 4x4 ni. Biarpun masih baru tapi komitmennya memang tinggi dalam 4x4 ni. Biarpun tidak mendapat nombor kemenangan tapi apa yang penting PUAS HATI...




Haaa.. inilah dia JUARA pada masa tu. Kereta dan peserta berasal dari Sandakan. Perintis Kelab dapat tahu yang Kelab Sandakan ni memang kereta dorang ni power gila.. Dari cara pemanduan saja pun, kita memang boleh tau la, dorang ni memang EXPERT. Bertahun punya pengalaman la katakan... Bukan senang tau nak menang challenge ni.


Tengok SS saja pun, memang geleng kepala. Apa tidaknya, silap-silap kereta boleh hangkang ooo..


Tapi segala usaha itu akan BERBALOI bila COMPETITOR dari Sandakan dinobatkan sebagai Johan yang membawa pulang wang RM5,000 serta lain-lain hadiah sampingan yang hampir berjumlah RM15,000.00..


Kan da kata, memang BERBALOI....
SAMBUNGAN....

Perintis Kelab sempat merakam beberapa gambar kereta pacuan empat roda yang telah diubahsuai.. Memang kelaslah kereta dorang tu.. Perintis Kelab pun kepingin juga nak ada kereta macam dorang ni.. Takda masalah punya kalu masuk hutan. Nak redah sungai pun lagilah senang..Setakat bukit tu, dorang kata takda masalah nak panjat.. ha..ha..ha..

Perintis Kelab ada juga la merisik kat dorang ni..Iya la, kita pun mau tau juga kan, berapa kos yang perlu untuk menjadikan kereta pacuan empat roda ni lebih macho, lebih elegant, lebih power dan lebih berkuasa dari kereta yang lain.. Sekali tu tau, alahai, macam mau pitam pun ada juga la.. Paling murah nak buang duit untuk ubahsuai kereta ni pun RM60,000.00. Aiyooo mana mau cali itu lui ooo...????

Takat 60K ni pun, pengubahsuaian yang standard ja.. kira kereta tu boleh jadi COMPETITOR la untuk 4x4 challenge. Tapi takda makna juga kalu sekerat jalan ja..he..he..he..

Haaa..untuk makluman semua, ada yang buang duit sampai ratus ribu untuk UPGRADE kereta dorang ja.. Kalau ada duit, memang semua jadi ma..

Tak maulah cakap banyak-banyak.. kamu amatilah gambar-gambar ini ya.. ini yang sempat Perintis Kelab rakamkan untuk anda semua...




TENOM 4X4 CHALLENGE


Ni mau sambung lagi nie cerita pasal Tenom punya 4x4..

So, 1st datang kat sana memang tempat parking keta da penuh.. Talampau ramai orang datang ba.. Yang kecil, muda, tua, semua ada.. Macam iklan ASTRO, macam-macam adaaaa... At 1st tu, dapatlah Perintis Kelab ni masuk menyusup ke parking untuk peserta-peserta 4x4, sebabkan kitaorang ni eskort kelab punya champion..he..he..he..

Tup-tup, bila kereta kelab kita keluar pi pekan Tenom nak tukar tayar, alahai, Perintis Kelab pun kena suruh park di luar..hu..hu..hu.. Memang rasa amat sadis masa tu, sebabkan sudahlah panas terik, orang ramai berpusu-pusu datang, memang rimaslah dengan keadaan time tu..

Perut pula rasa lapar, nasiblah, ada juga gerai-gerai jual makanan di sana.. kalau tidak, memang sakit gastrik la Perintis Kelab..

So, nak cover line nie, muka malu da kena halau..Perintis Kelab pun ikutlah kereta kelab pi tukar tayar.. Sempatlah juga round pekan Tenom.. Sambil-sambil cari hotel yang Perintis Kelab da tempah seminggu sebelum function tu..

Pekan Tenom ni bukan besarlah sangat tapi kalau tak biasa dengan arah jalan, koman-koman kita boleh sesat oooo.. Tapi itulah gunanya SIGNBOARD.. Penunjuk arah untuk ke jalan yang betul...he..he..he..
MERDEKA 4x4 CHALLENGE ANJURAN TENOM 4x4 CLUB

29 & 30 Ogos 2009


Tenom 4x4 Club telah menganjurkan 4x4 challenge sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia..

Well, it goes very smooth.. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan acara yang lasak ini..

Ada orang cakap 4x4 challenge ini menakutkan tapi kalu ditanya pada mereka-mereka yang main kereta pacuan 4 roda ni.. Dorang bilang itu baru hiburan dorang...

Biarpun PANAS terik, tapi orang ramai tetap datang baa,.. Perintis Kelab pun susah lo ambil gambar.. kadang-kadang tu interframe lagi penonton-penonton.. Aiyaa, rusaklah rakaman yang kana ambil tu.. ha..ha..ha.. Tapi, masih buli edit lagi ba..

Anyway, Perintis Kelab mau share la kunun ni.. Gambar-gambar yang sempat kana ambil masa tu.. Tidak lupa juga 'Short Shoot' aksi-aksi 4x4..

Hope u all enjoy.............
SALAM DARI PERINTIS KELAB TAMBUNAN 4x4

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melawat BLOG ini. Ini adalah BLOG pertama Kelab Tambunan dibuat untuk tatapan para pengungjung yang meminati aktiviti lasak iaitu pacuan empat roda.

Aktiviti pacuan empat roda ini telah lama dilaksanakan di Sabah khususnya. Namun pada ketika itu, sambutan dari orang ramai kurang. Tetapi pada masa kini, aktiviti ini menjadi keminatan pada semua orang samaada yang tua ataupun muda.

Dikesempatan inilah, perintis kelab ingin mengambil peluang untuk berkongsi dengan para pengungjung khususnya yang tidak berpeluang untuk mengikuti aktiviti lasak ini secara dekat.

Dengan adanya BLOG ini, perintis kelab akan memaparkan pelbagai gambar kenderaan pacuan empat roda serta rakaman aksi-aksi "Hardcore" dan "Novice".

Diharap para pengunjung berpuas hati dan jangan lupa singgah ke laman BLOG Tambunan 4x4..