Wednesday, December 16, 2009

Ranau 4x4 Challenge (Hardcore)

Anjuran Kelab Ranau berjalan dengan lancar biarpun pada masa itu hujan turun dengan lebat. Begitu juga dengan peminat-peminat 4x4 begitu setia dan sanggup berhujan semata-mata untuk menyaksikan kehebatan para peserta.

Untuk acara Hardcore, cuma 3 competitor sahaja yang menjayakan acara ini. Dua peserta dari Ranau dan peserta tunggal dari Tambunan.

Ketika berlangsungnya acara hardcore, para peminat semua kagum dengan penyertaan satu kenderaan Novice yang sanggup menyahut cabaran untuk mengikuti acara Hardcore. Biarpun cuma berjaya memenangi tempat ke-3 namun ianya sedikit sebanyak memeriahkan acara pada petang itu.

Saksikanlah rakaman untuk acara Hardcore..




Rakaman di atas adalah peserta daripada Ranau iaitu Angi. Mantap pemanduannya berdasarkan pengalaman yang sedia ada..



Ini pula adalah peserta tunggal dari Tambunan iaitu Kenneth. Walaupun beliau baru berkecimpung dalam acara 4x4 ini namun kegigihan beliau untuk memastikan Tambunan tidak hilang dalam acara ini, memang tidak dapat dinafikan. Melihat kepada keberanian beliau, tidak mustahil suatu hari nanti wakil daripada Tambunan ini akan mencapai kegemilangan..

2 comments:

  1. mau tanya Perintis Kelab...
    1. Ni 4x4 challange ni bila masa dan waktu penganjuran tetap dibuat dan di mana??
    2. ada peserta oversea ka join 4x4 challange d sabah ni?
    3. dalam setahun berapa anjuran 4x4 di sabah ni?
    TERIMA KASIH utk JAWAPAN ^_^

    ReplyDelete
  2. WiduAdvanture,

    1. 4x4 challenge tidak tentu tarikh penganjuran yg mana dianjurkan oleh pelbagai kelab 4x4 seperti Ranau (Mei), Kundasang (Okt / Nov), Tamparuli (Dec/Jan) dan Tenom (Ogos). Keningau & Tambunan, tidak tentu kerana bergantung pada penganjur.

    2. Utk peserta Oversea cuma Borneo Safari International Challenge (Okt/Nov) yang akan disertai oleh negara luar seperti Jepun, Semenanjung, Sarawak, Brunei Dan Indonesia.

    3. Penganjuran untuk setahun tidak menentu tetapi kekerapan dalam 7 kali.

    ReplyDelete