Saturday, October 31, 2009

TAMBUNAN 4x4 CHALLENGE FOR REMEMBERANCE OF JAMES CATHERINUS MARCUS



Untuk makluman kawan-kawan semua, DVD untuk 4x4 Challenge yang diadakan di Tambunan pada 25 & 26 Julai 2009 sempena memperingati Mendiang James Catherinus Marcus kini telah dikeluarkan.


So, sesiapa yang berminat untuk membeli DVD tersebut, boleh membuat tempahan melalui Encik Kenneth RTM melalui talian 016-8058689.


Ini adalah sedutan promosi yang dibuat oleh Encik Kenneth D' Crocker untuk tatapan kawan-kawan semua.. Jadi, kalau mau tingu yang full action, sila buat tempahan kio....


ORang bilang, SEMENTARA STOK MASIH ADA.... He..he..he...


Thanks untuk Kenneth D' Crocker atas promotion shoot ini...

Friday, October 30, 2009

TENOM 4x4 CHALLENGE

Ini adalah beberapa sedutan semasa Merdeka 4x4 Challenge anjuran Tenom Four Wheel Drive Club.

Perintis Kelab akan masukkan beberapa lagi aksi-aksi menarik semasa challenge tersebut untuk tontonan anda semua..

So, Nantikan ya.... Jangan lupa teruskan melawat blog kami....

LAGI DI TASIK ELYAS... SIUUUKK...


Inilah gambar yang sempat Perintis Kelab ambil.. Ini kira kandid kamera ba kunu ni tapi ha..ha.ha.. inda pula jadi... Nama dia si GIRL.. Pandai ba baranang ini sumandak ini.. Kalah lagi Perintis Kelab..He..he..he..



Yang ini pula si SHANE... Baru mau belajar beranang.. tapi terror kalu atas rakit.. Tingu ja gaya, macam ala-ala superman..he..he..he.. Biarpun dia bertarung mau belajar beranang, tapi tidak lupa juga ala-ala PEACE..


Ahhaaaaa... satu lagi aktiviti yang boleh kita buat di Tasik Elyas adalah memancing... Bagi siapa2 yang minat memancing, jangan segan-segan, jangan malu-malu, datanglah ke Tasik Elyas.. Tidak rugi punyalah.... Kalu sabar gerenti habuan yang kita dapat pun besar... Tengoklah Stanley dengan ikan yang dipancing dari tasik. Memang berbaloi... Dexter pun tidak mau ketinggalan untuk bergambar... Puas hati kan????
Selain dari memancing, kita boleh juga mencari LOKAN... Siput ba tu LOKAN.. he..he..he.. Lepas cari LOKAN, boleh lah kita membakar LOKAN.. Soooodap bila makan... Fresh lagi oooo... Macam adik Alexander dan Gary... Rajin dorang ni pigi cari LOKAN..Lepas cari turus pigi bakar...
Selain dari aktiviti riadah seperti mandi, berakit, mencari lokan dan memancing, Tasik Elyas juga boleh tempat minum-minum.. ha..ha..ha.. Orang biasa panggil tiga sepuluh ka tu..?? Memang puas hati la datang di sini. Tidak sia-sia dan tidak buang masa...

Perintis Kelab mengalu-alukan kepada semua kawan-kawan yang ingin beriadah dengan keluarga, disini lah salah satu tempat yang sesuai.. Selain mengeratkan hubungan keluarga kita juga dapat release TENSION.....

JOM.. Kita Pigi Di Tasik Elyas.......

TASIK ELYAS JALAN KENINGAU

Selepas dorang dari Mahua, rombongan seterusnya ke Tasik Elyas.. Tidak jauh juga ba dari Pekan Tambunan. Lebih kurang dalam 30 minit perjalanan. Tapi pemandangan yang indah dan tasik yang besar menghilangkan segala kepenatan rombongan....

Naaaa... Dorang mandi time sudaaah.. Budak-budak kena guna pelampung.. ha..ha..ha.. Bahaya sebab tasik ni talampau dalam.. Kalu tidak pandai berenang, susahlah.. So, bagi yang tidak pandai berenang tu, bawalah pelampung untuk safety kio.... Sioook ba mandi ni.. Kamu inda picaya...Bah, cuba kamu datang...Inda menyesal la....

Ha..ha..ha.. Ini lagi satu aktitivi yang siuuuuk betul... Main rakit.. Apa gia tu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian..Bila sudah panat, apa lagi, terjuuuuuuuun..... he..he..he.. Kayuh rakit ni bukan sinang ooo.. mau kena pandai. Kalu salah kayuh, lain tu rakit jalan..

AKTIVITI BELAKANG TABIR TS4x4ST

Perintis Kelab mau kongsi sikit aktiviti kelab belakang tabir.. Last few weeks, dorang pigi sana Mahua sana di Kampung Patau Tambunan.
Air Terjun Mahua adalah salah satu tempat peranginan di Tambunan, Sabah. Biarpun tidak begitu terkenal, tapi ramai juga orang datang untuk berkelah, mandi bersama keluarga dan juga kawan-kawan.

Tidak jauh juga ba. Kalau dari Pekan Tambunan cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai di Air Terjun Mahua.. So, tidak rugi datang. Pemandangan yang cantik, air terjun yang cantik dan keadaan sekeliling yang aman.


Sempat mengambil pose di tugu sebelum masuk ke dalam hutang menuju ke Air Terjun. Yuran kemasukan pun tidak mahal ba.. Tapi Perintis Kelab lupa sudah..he..he..he..
Harap kawan-kawan diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk ke Air Terjun Mahua sekiranya ada peluang kio... Gerenti, tidak menyesal punya...

Thursday, October 29, 2009

ORANG BELAKANG TABIR TS4X4ST

Jonathan & Qujanne
Jenny & Jude


Ah Fui & Gloriana
Stanley

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inilah orang-orang belakang tabir Tambunan Sabah 4x4 Support Team yang banyak membantu segala aktiviti TS4x4ST..
Tanpa mereka, ibarat rumah tidak bertiang... ha..ha..ha..
Perintis Kelab mengucapkan thank a lot for all of them.. Kounsikahan..

Monday, October 26, 2009

LAGI RAKAMAN PELANCARAN BORNEO SAFARI 2009


Ba, ini lagi sambungan rakaman yang Perintis Kelab ambil. Puas-puaslah kamurang tingu kio.. Mana tau ada kereta yang kamu kanal..

Kalau mau upload ni video, sila maklumkan pada Perintis Kelab tau..

RAKAMAN PERASMIAN BORNEO SAFARI 2009

Perintis Kelab sempat lagi rakam pelancaran dan pelepasan kenderaan 4x4 bagi Borneo Safari 2009. Memang meriah...

Ba, kamurang enjoy-enjoylah tingu kio..

KOUNSIKAHAN

Perintis Kelab amat berterima kasih kepada yang sudi melawat BLOG ini. Wah, tidak sangka rupanya ada juga yang sudi singgah sebentar. Terima kasih sekali lagi.

Kepada para pengungjung, jangan susah kio.. Kami akan memastikan anda semua update dengan cerita-cerita terkini tentang 4x4..

Sunday, October 25, 2009

KUALA LUMPUR 4X4 ADVENTURE CLUB

Apa yang menarik hati masa Perintis Kelab jalan-jalan ambil gambar sebelum pelancaran Borneo Safari, Perintis Kelab nampak Kuala Lumpur 4x4 Adventure Club.. Huiii.. Kereta dorang jangan cakaplah.. Memang nampak garang sebab warna merah.. He..he..he.. Tapi modification kereta dorang memang nampak Tip top lah.. Mula-mula ingatkan dari Johor rupanya dari KL...


Cantikkan baner dorang?? Lain kali, Perintis Kelab pun mau buat macam ni lah.. Harap-harap tahun 2010, dapat ikut Borneo Safari...


Kamu inda picaya??? Kamu tingulah ni gambar.. Bukankah tagap kereta Kelab Kuala Lumpur ni.. Tinggi lagi tapi belum tau lagi kalu masuk lumpur di Sabah.. :)

FOUR WHEEL DRIVE CAR

Pemilik Kereta pacuan empat roda yang diubahsuai untuk event Borneo Safari adalah seorang Pegawai Polis. Nama dia Peter Johny.. Nah, tingu ba, orang yang bekerja pun tetap akan luangkan masa walau sibuk macamanapun. Itulah namanya minat. Biarpun bukan sebagai competitor namun tetap memeriahkan lagi 4x4 challenge..


Kereta seterusnya ini dari Kelab Keningau.. Ini merupakan kereta Competitor yang dipandu oleh Gujeng dan Atun Goh.


Ini pula dipandu oleh Santung dan Co-Driver Jasmin. Dorang ni pun dari Kelab Keningau. Enjin dorang ni 2KZ, Petrol. Kereta pula model Daihatsu yang telah diubahsuai. Terus nampak Tagap kan?? he..he..he..



Pemilik kereta ni Perintis Kelab tak kenal. Mungkin baru tahun ni ikut Borneo Safari atau mungkin memang Perintis Kelab yang tidak tau.. he..he.. Apa pun, Perintis Kelab ambil gambar kereta ni sebab untuk koleksi dan dikongsi bersama peminat 4x4 khasnya...

Kereta ini dipandu oleh Rahib dari Ranau. Jauh juga bah kan datang k.k. Inipun Perintis Kelab akan simpan gambar ini sebagai koleksi.. Manatau kalau dapat Jakpot, dapat juga Perintis Kelab punya kereta pacuan empat roda yang telah diubahsuai dan power pun umpphh.. he..he..he.

KEMERIAHAN BORNEO SAFARI 2009


Inilah dia sambutan orang ramai semasa Majlis Pelancaran Borneo Safari 2009. Ramai juga kan? Tapi last year laaaagi ramai..He..he..he.. Bukan apa, mungkin sebab isu H1N1 so itulah masih ramai orang yang tidak mau keluar...



Yang ini pula, orang ramai masing-masing mau berebut ambil gambar. Inilah time perasmian untuk semua kereta pacuan empat roda melalui pentas perasmian dan seterusnya ke destinasi pertama SS 1 di Telupid.

Masa ni Perintis Kelab pun susah-susah ni mau ambil gambar.. he..he..he..

BORNEO SAFARI 2009


25 Oktober 2009


Hari ini merupakan pelancaran Borneo Safari bagi tahun 2009. Seperti biasa pelancaran diadakan di Gaya Street. Tapi Perintis Kelab rasa, tahun ni tidak meriah macam tahun lalu.. Tahun 2008, deretan kereta yang mengikuti Borneo Safari, uiii... panjang tau.. Tapi tahun ni macam dalam 100 kereta yang ikut. Competitor pula ada 46 kereta.. Tahun lalu 18 competitor.

18 competitor pun, SS mau sampai tengah malam ooo.. Bayangkanlah 46 competitor, confirm sampai 2 - 3 pagi.. aduh, sungguh penatnya petugas-petugas trak masa tu.. Sekarang ni pun, cuaca tidak tentu pula. Tapi apapun, kita mengharapkan perjalanan Borneo Safari 2009 akan berjalan lancar. Semoga semuanya selamat pergi dan selamat kembali..

Tahun ni, Perintis Kelab dan Kelab Tambunan tidak ikut Borneo Safari.. Ha..ha..ha.. Bukan apa cuma kereta kelab masih dalam workshop untuk UPGRADE.. mula-mula tu mau juga ikut.. Konvoi saja la.. tapi macam inda syok pula tau..ha..ha..ha..

Apa-apapun, tahun hadapan Perintis Kelab dan wakil Tambunan akan join venture sebagai competitor dan supporter car..ha..ha..ha.. Perintis Kelab memang wajib jadi supporter car.

Perintis Kelab ada juga datang tadi masa pelancaran oleh En. James Wong, Presiden Kinabalu Four Wheel Drive Club.. SEmpatlah juga ambil gambar dan rakaman pelancaran.. So, nantikan la ya..