Thursday, December 17, 2009

RANAU 4X4 CHALLENGE (HARDCORE) PART 4

Ini pula aksi spontan daripada peserta Ranau. Biarpun kenderaan beliau dikategorikan Novice namun sanggup menyahut cabaran Hardcore. Situasi ini sedikit menggamatkan para penonton pada masa itu...

Ba, enjoy kamurang kio...

RANAU 4X4 CHALLENGE (HARDCORE) PART 3

Ini pula aksi peserta tunggal dari Tambunan.

Saksikanlah kehebatan NISSAN TD27...


Wednesday, December 16, 2009

Ranau 4x4 Challenge (Hardcore) Part 2

Seterusnya Perintis Kelab ingin paparkan rakaman bagi SS 2 untuk Hardcore.. Para Pengunjung enjoylah kamurang kio....



Peserta dari Ranau...

Ranau 4x4 Challenge (Hardcore)

Anjuran Kelab Ranau berjalan dengan lancar biarpun pada masa itu hujan turun dengan lebat. Begitu juga dengan peminat-peminat 4x4 begitu setia dan sanggup berhujan semata-mata untuk menyaksikan kehebatan para peserta.

Untuk acara Hardcore, cuma 3 competitor sahaja yang menjayakan acara ini. Dua peserta dari Ranau dan peserta tunggal dari Tambunan.

Ketika berlangsungnya acara hardcore, para peminat semua kagum dengan penyertaan satu kenderaan Novice yang sanggup menyahut cabaran untuk mengikuti acara Hardcore. Biarpun cuma berjaya memenangi tempat ke-3 namun ianya sedikit sebanyak memeriahkan acara pada petang itu.

Saksikanlah rakaman untuk acara Hardcore..




Rakaman di atas adalah peserta daripada Ranau iaitu Angi. Mantap pemanduannya berdasarkan pengalaman yang sedia ada..



Ini pula adalah peserta tunggal dari Tambunan iaitu Kenneth. Walaupun beliau baru berkecimpung dalam acara 4x4 ini namun kegigihan beliau untuk memastikan Tambunan tidak hilang dalam acara ini, memang tidak dapat dinafikan. Melihat kepada keberanian beliau, tidak mustahil suatu hari nanti wakil daripada Tambunan ini akan mencapai kegemilangan..

Ranau 4x4 Challenge

Saksikanlah beberapa rakaman acara Novice 4x4 anjuran Ranau...








Ranau 4X4 Challenge

Aktiviti : Ranau 4x4 Challenge

Tarikh : 12 & 13 Disember 2009

Tempat : Lohan, Ranau

Baru-baru ini, Perintis Kelab dijemput mengikuti aktiviti 4x4 yang dianjurkan oleh Ranau 4x4 Club. Walaubagaimanapun, aktiviti ini hanya terbuka untuk daerah Ranau dan Tambunan. Ini adalah anjuran kali kedua daerah Ranau.. Boleh tahan aktif kelab Ranau ni..

Perintis Kelab akan upload beberapa rakaman untuk tatapan para pengunjung semua...




Acara Novice