Saturday, October 24, 2009

SALAM DARI PERINTIS KELAB TAMBUNAN 4x4

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melawat BLOG ini. Ini adalah BLOG pertama Kelab Tambunan dibuat untuk tatapan para pengungjung yang meminati aktiviti lasak iaitu pacuan empat roda.

Aktiviti pacuan empat roda ini telah lama dilaksanakan di Sabah khususnya. Namun pada ketika itu, sambutan dari orang ramai kurang. Tetapi pada masa kini, aktiviti ini menjadi keminatan pada semua orang samaada yang tua ataupun muda.

Dikesempatan inilah, perintis kelab ingin mengambil peluang untuk berkongsi dengan para pengungjung khususnya yang tidak berpeluang untuk mengikuti aktiviti lasak ini secara dekat.

Dengan adanya BLOG ini, perintis kelab akan memaparkan pelbagai gambar kenderaan pacuan empat roda serta rakaman aksi-aksi "Hardcore" dan "Novice".

Diharap para pengunjung berpuas hati dan jangan lupa singgah ke laman BLOG Tambunan 4x4..

1 comment: