Sunday, October 25, 2009

FOUR WHEEL DRIVE CAR

Pemilik Kereta pacuan empat roda yang diubahsuai untuk event Borneo Safari adalah seorang Pegawai Polis. Nama dia Peter Johny.. Nah, tingu ba, orang yang bekerja pun tetap akan luangkan masa walau sibuk macamanapun. Itulah namanya minat. Biarpun bukan sebagai competitor namun tetap memeriahkan lagi 4x4 challenge..


Kereta seterusnya ini dari Kelab Keningau.. Ini merupakan kereta Competitor yang dipandu oleh Gujeng dan Atun Goh.


Ini pula dipandu oleh Santung dan Co-Driver Jasmin. Dorang ni pun dari Kelab Keningau. Enjin dorang ni 2KZ, Petrol. Kereta pula model Daihatsu yang telah diubahsuai. Terus nampak Tagap kan?? he..he..he..



Pemilik kereta ni Perintis Kelab tak kenal. Mungkin baru tahun ni ikut Borneo Safari atau mungkin memang Perintis Kelab yang tidak tau.. he..he.. Apa pun, Perintis Kelab ambil gambar kereta ni sebab untuk koleksi dan dikongsi bersama peminat 4x4 khasnya...

Kereta ini dipandu oleh Rahib dari Ranau. Jauh juga bah kan datang k.k. Inipun Perintis Kelab akan simpan gambar ini sebagai koleksi.. Manatau kalau dapat Jakpot, dapat juga Perintis Kelab punya kereta pacuan empat roda yang telah diubahsuai dan power pun umpphh.. he..he..he.

2 comments:

  1. bos,itu kurita suzuki itam ke-2 bkn c wahisin punya ka tu..c atun pny jual sdh..santung guna injin 2jz kalu x silap

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bos kerana kepekaan anda. Perintis Kelab mungkin tersilap taip atau info but apapun kounsikou kio..

    Nanti Perintis Kelab buat amendment info.. Yang empunya kereta, Perintis Kelab mohon maaf kio...

    ReplyDelete