Friday, October 30, 2009

AKTIVITI BELAKANG TABIR TS4x4ST

Perintis Kelab mau kongsi sikit aktiviti kelab belakang tabir.. Last few weeks, dorang pigi sana Mahua sana di Kampung Patau Tambunan.
Air Terjun Mahua adalah salah satu tempat peranginan di Tambunan, Sabah. Biarpun tidak begitu terkenal, tapi ramai juga orang datang untuk berkelah, mandi bersama keluarga dan juga kawan-kawan.

Tidak jauh juga ba. Kalau dari Pekan Tambunan cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai di Air Terjun Mahua.. So, tidak rugi datang. Pemandangan yang cantik, air terjun yang cantik dan keadaan sekeliling yang aman.


Sempat mengambil pose di tugu sebelum masuk ke dalam hutang menuju ke Air Terjun. Yuran kemasukan pun tidak mahal ba.. Tapi Perintis Kelab lupa sudah..he..he..he..
Harap kawan-kawan diluar sana, jangan lepaskan peluang untuk ke Air Terjun Mahua sekiranya ada peluang kio... Gerenti, tidak menyesal punya...

No comments:

Post a Comment